Yangshuo, Kawasan Pelancongan yang Paling Indah di Guilin




Asslamualaikum,jika anda ingin mncari tempat2 pelancongan di China,Yangshuo adalah salah 

satunya tempat plancongan yg indah di Guilin......

"Yangshuo, Kawasan Pelancongan yang Paling Indah di Guilin"
Yangshuo terkenal dengan pemandangan yang amat indah. Ia terletak di kawasan Timur Laut Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, 65 km jauh daripada bandar Guilin. Bandar tersebut dibina pada tahun 590, iaitu Zaman Dinasti Sui. Oleh itu, Yangshuo sudah bersejarah lebih 1400 tahun.
Kini, jumlah penduduk di bandar tersebut yang terdiri daripada pelbagai etnik, termasuk Etnik Hui, Han, Zhuang dan Yao sudah mencecah 300 ribu orang,
Dalam sejarah China, Guilin dikenali sebagai destinasi yang paling indah dalam negara, namun Yangshuo merupakan kawasan yang paling indah di Guilin. Oleh itu, dikatakan "Pemandangan Guilin yangPaling Baik di dunia, Pemandangan Yangshuo yang Paling Baik di Guilin."
Kawasan pelancongan tersebut terletak di tebing Sungai Li. Pekan lama Xingping merupakan satu destinasi pelancongan yang penting dalam kawasan tersebut. Gunung di sini amat indah, air pun jernih. Kapal ikan penduduk tempatan dapat ditemui di Sungai Li. Kesemua ini menjadikan Pekan Xingping sebuah pekan yang indah dan nyaman. \
Cuaca di Yangshuo sederhana sepanjang tahun. Sejumlah 16 batang sungai dan lebih 20 buah gunung terletak di kawasan tersebut. Sungai Li yang panjangnya 69 km yang merentasi kawasan Yangshuo yang, merupakan bahagian yang paling indah bagi sungai tersebut. Yangshuo seperti sebuah taman yang berwarna-warni. Para pelancong dari dalam dan luar China tertarik oleh pemandangan yang sangat istimewa, budaya dan sejarah di kawasan ini.
Yangshuo juga diberikan destinasi pelancongan yang terkemuka di China. Sejak dibuka kepada awam pada tahun 1978, 18 juta orang pelancong dari seluruh dunia telah melawat ke tempat ini, termasuk lebih 5 juta orang pelancong asing. Selain itu, lebih 150 orang pemimpin dari negara asing pernah melawat Yangshuo.

No comments:

Post a Comment