Melaka benarkan Remaja berkahwin awal,sape stuju?

0
COM
4864939788 bf5999d4a0 Kahwin Awal. Setuju?
Hari itu Melaka bagi cadangan buat sekolah untuk pelajar yang mengandung dan hamil. Sekarang ini pula Puteri Umno nak cadangan ini dipanjangkan untuk digunapakai diperingkat Nasional. Gelojoh betul. Dah fikir masak-masak ker sebelum bagi cadangan? Kemudian datang pula cadangan selepas itu yang mahu memberikan peluang kepada remaja bawah umur untuk kahwin awal. Ini salah satu petunjuk yang mana gejala sosial anak-anak muda Malaysia dah tak terbendong lagi……
Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata konsep sekolah khas untuk pelajar hamil yang dicadangkan oleh kerajaan Melaka harus dipertimbangkan untuk dilaksanakan di peringkat kebangsaan. Beliau berkata, remaja seperti ini seharusnya diberi peluang kedua supaya negara tidak kehilangan generasi yang berpotensi untuk menjadiberguna dan menyumbang kepada pembangunan negara nanti.
“Kita harus terbuka kepada hal ini, ada berlaku gejala sosial seperti inidan salah satu usaha kita dalam memberi ruang kepada mereka, ialah mewujudkaninstitusi yang tersendiri supaya mereka boleh meneruskan pembelajaran. BERNAMA
Betul ker boleh selesai masalah? Memang betul dengan pelaksanaan langkah ini akan dapat mengurangkan bilangan anak luar nikah dan juga daripada segi aspek kemanusiaan. Tetapi persoalannya, apa matlamat kita sebenarnya sekarang? Penyelesaian jangka masa pendek atau panjang? Adakah selepas ini, apabila terjadinya lambakan kes bunuh, kes merempit, kes mat gian akan tertubuhnya pula :
  1. Sekolah membunuh
  2. Sekolah merempit
  3. Sekolah mat gian
4864321229 d1555fe3ae Kahwin Awal. Setuju?
Supaya mereka diberi peluang kedua? Macam itu ka yang kita mahukan sebenarnya? Kenapa suka sangat ambil jalan singkat. Tak selesai masalah setakat nak buat sekolah hamil ka, sekolah mengandung ka. Mengapa tidak diperbetulkan daripada peringkat awal lagi? Dalam pada masa yang sama juga mempertingkat dan memperkemaskan lagi pengisian dalam pusat-pusat pemulihan akhlak yang sedia ada baik daripada aspek akademik mahupun agama.
“Kita selalu mengambil tindakan drastik selepas masalah bertambah teruk, tetapi kurang mengambil perhatian dalam usaha membendung diperingkat awal lagi”. AKAR MASALAH tidak diubati.
Misalnya, dalam kes terlanjur ini, saya rasa adalah lebih relevan kita merangka strategi untuk mengelakkan anak-anak melakukan seks tanpa perlindungan. Ia jauh lebih baik dan mudah daripada menjaga mereka yang sudah sah membawa budak. Bila kita membuat langkah seperti sekolah ini, maka tidak hairan jika ada yang berpandangan ia menggalakkan mengandung luar nikah. Sebab kalau dah memboyot,  nak takut apa lagi? Ada tempat untuk mengadu nasib. Jangan takut lagi melahirkan anak luar nikah selepas ini. Begitu yang kita mahukan?
Tetapi cadangan untuk peringkat negeri Melaka telah pun diluluskan 3 minggu yang lalu dan dah nak tertubuhnya pun sekolah khas untuk pelajar mengandung di Jasin, Melaka tidak lama lagi. Hai…..menunjukkan betapa nazaknya akhlak remaja hari ni. Dah tertubuhnya sekolah hamil, datang pula cadangan nak bagi peluang remaja bawah umur untuk kahwin awal.
AYER KEROH -  Kerajaan Negeri akan membantu pelajar yang ‘miang’ mahu berkahwin bagi membendung maksiat dan zina berleluasa di negeri yang terkenal dengan aktiviti pelancongan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, berkahwin muda bukanlah sesuatu yang pelik dan mengarut tetapi jalan penyelesaian masalah sosial yang ditimbulkan pelajar serta remaja.
“Daripada masalah buang bayi akibat hubungan tidak sah menjadi semakin banyak di negeri ini, baik kita benarkan mereka bernikah yang sudah tentu akan melahirkan anak hasil hubungan halal. “Bagi remaja yang masih bersekolah tetapi mahu berkahwin dan tidak mendapat kebenaran ibu bapa, mereka boleh mengadu kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pihak JAIM akan bertemu, memujuk ibu bapa serta berbincang supaya membenarkan anak mereka berkahwin,” katanya.
Mohd Ali berkata, kebanyakan remaja kini melahirkan anak luar nikah kerana tidak dapat mengawal nafsu. “Biasalah remaja tengah miang, nak kahwin ibu bapa tak benarkan dan disebabkan tidak dapat kawal nafsu, akhirnya mereka melakukan hubungan luar nikah menyebabkan lahirnya anak hasil hubungan tidak sah. “Tetapi jika mereka berkahwin dalam usia muda, mereka boleh lakukan hubungan yang halal dan jika perempuan itu mengandung pihak sekolah tidak membenarkannya ke sekolah dan mereka boleh masuk Sekolah Murid Mengandung yang Kerajaan Negeri mahu tubuhkan,” katanya.
Mengulas idea penubuhan Sekolah Murid Mengandung yang mendapat reaksi negatif Kementerian Pelajaran, Mohd Ali berkata, sekolah itu tetap diteruskan, sama ada mendapat sokongan atau tidak. “Kerajaan negeri akan terus membina sekolah untuk pelajar perempuan mengandung secara sah tetapi tidak diterima belajar di sekolah biasa. “Apa pilihan yang ada? Inilah caranya bagi mengelakkan maksiat dan zina berlaku di kalangan pelajar di negeri ini,” katanya.
4864939720 8bcb398f27 Kahwin Awal. Setuju?
Adakah kita berkahwin hanya semata-mata untuk buat seks semata? Adakah sudah difikirkan kesan yang akan berlaku pada masa akan datang selepas pelaksanaan kahwin awal ini? Kahwin adalah satu tanggungjawab. Sudah mampu mereka nak sara dan mengurus rumah tangga dengan baik sehingga boleh mengelakkan menyebabkan berlaku perceraian di usia muda? Ibubapa nak tanggung? Kalau kena keluarga miskin bagaimana? Kan itu dah susahkan ibubapa. Atau kerajaan nak bantu? Kerajaan nak bantu dalam bentuk bagaimana? Susah ker senang nak dapat bantuan?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia ada keimanan”
Adakah dengan kahwin awal, maka dapat mengelakkan gejala sosial? Antara yang dipertontonkan kepada Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa Isra’ adalah azab kepada penzina suami dan isteri. Bermakna, akhir zaman, berlakunya “gelombang besar” penzinaan antara suami orang dan isteri orang lain. Dan terbukti dalam akhbar terulung Malaysia soal seks dan rumahtangga hari ini seringkali memberikan “liputan lengkap” memaparkan kes-kes sebegini.

Misteri Air Sungai Bertukar Hijau Di Otawa,Kanada

0
COM


artikel dari kosmo 14/1/2011

OTTAWA, Kanada - Sungai Goldstream di Kanada yang mengalir melalui bandar Langford di British Columbia bertukar menjadi warna hijau, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang jurufoto yang mengembara di tebing sungai tersebut untuk merakamkan gambar burung helang, Tyson Elder sempat merakamkan gambar sungai itu yang berwarna hijau pada 29 Disember lalu.

Bahan pewarna hijau itu tidak menyebabkan kematian ikan dan ia bertukar semula kepada warna asal dalam tempoh sejam.
Para penyiasat pada mulanya menyalahkan satu bahan organik yang digunakan sebagai pencelup sebagai punca kejadian itu.

Namun, semasa kejadian, tiada ujian dilakukan untuk menguji sistem air di kawasan tersebut dengan menggunakan bahan pencelup hijau.
Ketua Jabatan Bomba Langford, Bob Beckett menyalahkan golongan nakal yang tidak dikenali melakukan kejadian itu.
Tidak mungkin kerja budak nakal... setiap minit aliran sungai mengandungi bertan-tan air...untuk melakukan kerja nakal sebegini walaupun seminit memerlukan kos yang besar.... dan sungai ini berwarna hijau untuk tempoh sejam.....

-Apa sebenarnya yang terjadi,wallahualam..-

Jinan--Bandar Mata Air Dunia

0
COM
Jinan--Bandar Mata Air Dunia
Bandar Jinan, Provinsi Shandong China mendapat gelaran "Bandar mata air terbaik di dunia". Di sini, hampir setiap keluarga mempunyai mata air sendiri pada masa dahulu. Maka, Jinan juga terkenal di dunia dengan keindahan pemandangan mata airnya.
Lebih daripada 700 mata air semula jadi yang pelbagai bentuknya terdapat di bandar ini. Ada yang dinamakan Mata Air Mutiara, Mata Air Heihu dan Mata Air Kecapi. Antaranya, yang paling terkenal ialah Mata Air Baotu yang digelar "mata air pertama di dunia". Ia telah ditemui lebih 2,700 tahun yang lalu, dan suhu airnya kekal kira-kira 18 darjah Celsius sepanjang tahun.
Mata air yang berkualiti tinggi memancurkan dari bawah tanah di bandar ini dan airnya berkumpul hingga membentuk sungai dan tasik. Ketika musim hujan, pemandangan "bandar mata air" yang cukup istimewa boleh dinikmati di kawasan pancuran air bandar ini.

Pemandangan Gua Ais Fantasi di Shanxi

0
COM
Pemandangan Gua Ais Fantasi di Shanxi

Gua Ais yang tertelak di Kaunti Ningwu bandar Xinzhou, Shanxi telah wujud 3 juta tahun yang lalu. Gua ais ini dalamnya lebih daripada 100 meter dan terbahagi kepada lima lapisan. Semua dinding gua ini ialah ais yang beku dan tidak pernah cair sepanjang tahun. Maka, gua ais ini digelar "dunia ais". Kita dapat menyaksikan ais yang berupa stalagmite, air terjun, jambakan anggur dan stalaktit dalam gua ini. Apabila disinar oleh cahaya lampu yang berwarna-warni, pemandangan dalam gua ais ini kelihatan amat mempesonakan seperti dalam alam fantasi.



Pemandangan Musim Gugur di Mu Gecuo

0
COM
Mu Gecuo, Ganzi, provinsi Sichuan menarik ramai pelancong dan jurugambar untuk menghayati pemandangan musim gugurnya yang indah ini.

Mu Gecuo, Ganzi, provinsi Sichuan menarik ramai pelancong dan jurugambar untuk menghayati pemandangan musim gugurnya yang indah ini.
Mu Gecuo, Ganzi, provinsi Sichuan menarik ramai pelancong dan jurugambar untuk menghayati pemandangan musim gugurnya yang indah ini.


Kereta Polis Boleh Ditumpang OKP

0
COM
Kereta Polis Boleh Ditumpang OKP


Inilah seorang warga emas yang beretnik Uygur sedang dibantu oleh seorang anggota polis ketika turun dari kereta perondanya. Pasukan Lalu Lintas Biro Polis menyediakan perkhidmatan khas kepada kumpulan orang kurang upaya (OKU)dengan mengatur mereka yang ada keperluan menumpang kereta peronda polis sepanjang musim sejuk ini. Cerita yang begitu mengharukan berlaku di bandar Yili, Wilayah Autonomi Xinjiang di bahagian barat China.

Ps:Harus dicontohi dan dilakukan diMalaysia ^_^

Membeli-belah di Pasar Penduduk Kazak

0
COM
Membeli-belah di Pasar Penduduk Kazak

Inilah penduduk Kazak yang sedang membeli-belah di pasar untuk menyambut ketibaan Tahun Baru China. Kaum tani dan penggembala di Pekan Qiaxia, Bandar Tacheng, Wilayah Autonomi Xinjiang telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka sebanyak 11.8% berbanding tahun 2010, kepada RMB 9888 pada tahun 2011.

Jiuzhaigou Pada Musim Sejuk

0
COM
Jiuzhaigou Pada Musim Sejuk

Jiuzhaigou yang terletak di provinsi Sichuan China diibaratkan syurga kerana pemandangan alam semula jadi yang indah permai. Air dianggap jiwa kawasan ini. Pada musim sejuk, air terjum menjadi beku dan tasik serta pokok juga diseliputi salji dan ais. Melancong ke Jiuzhaigou pada musim sejuk akan membawa pengalaman yang istimewa. 

Air tasik yang kelihatan hijau.

Kawasan ini dinamai Jiuzhaigou kerana terdapat sembilan buah kampung etnik Tibet dan Qiang di sini. Jiu bermaksuk sembilan, Zhai bermaksud kampung dan Gou bermaksud lembah. 

Air terjum beku pada musim sejuk.




Masjid-masjid menarik di China

0
COM
Assalamualaikum w.b.t !

kali ni saya akan berkongsi sikit tntg masjid-masjid yg terdapat di China...

Jom kita tengok ^^ !

Masjid Emin Minaret, Xinjiang
Masjid Emin Minaret merupakan salah sebuah masjid yang terbesar di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China.
Masjid itu terletak di Kampung Munage sejauh dua kilometer dari sebelah timur Bandar Turpan. Masjid itu luasnya 2,500 meter persegi.
Pada setiap hari Jumaat, lebih seribu orang umat Islam berkumpul di masjid itu untuk solat Jumaat.
Masjid Emin Minaret berhampiran dengan Menara Emin Minaret, satu-satunya menara yang bercirikan seni bina Islam daripada 100 buah masjid yang paling terkenal di China. Menara itu dibina pada tahun 1777 Masihi dan disenaraikan sebagai peninggalan sejarah penting kebangsaan pada tahun 1985.
Menara itu dibina oleh Sulaiman, pegawai tentera yang terkenal pada zaman Dinasti Qing untuk memperingati ayahnya yang cemerlang serta untuk menunjukkan kesetiaan kepada maharaja Dinasti Qing.
Pada masa ini, Menara Emin Minaret menjadi destinasi pelancongan yang terkenal di Turpan, Xinjiang. Di bawah menara itu, terdapat sebuah pasar Islam antarabangsa yang terkenal.

Masjid Maiwulan di Aksu Xinjiang

Masjid Maiwulan merupakan masjid yang terkenal dan pusat agama di Bandar Aksu, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Masjid yang telah berusia lebih 600 tahun itu menarik berpuluh-puluh ribu orang pelancong dari dalam dan luar negara setiap tahun.
Pada tahun 1340-an Masihi, kawasan Aksu menjadi pusat politik bagi negara Chagatai Khanate Timur. Penduduk di negeri itu menganut pelbagai agama termasuk agama Islam. Pada tahun tahun 1347, keturunan generasi ketujuh Genghis Khan menjadi raja dan menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Imam yang terkenal pada zaman itu, Mai Wulan mengumpulkan derma untuk membina sebuah masjid yang besar. Setelah beliau meninggal dunia, jenazahnya dikuburkan di masjid itu. Oleh sebab itu, masjid tersebut dinamakan Masjid Maiwulan.
Bangunan-bangunan yang utama di dalam masjid itu termasuk ruang sembahyang, bilik ceramah, menara azan dan makam Maiwulan. Masjid itu bercirikan seni bina Asia Barat. Pada tahun 1982, pihak berkuasa menyediakan peruntukan untuk membaik pulih masjid tersebut. Pada masa ini, Masjid Maiwulan luasnya kira-kira 0.8 hektar dan menjadi salah sebuah masjid yang besar dan bersejarah di China. Selain itu, Masjid Maiwulan disenaraikan sebagai peninggalan sejarah penting peringkat kebangsaan.


Masjid Jiaman di Hotan Xinjiang

Masjid Jiaman merupakan salah sebuah masjid yang terbesar di Bandar Hotan, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China.
Masjid itu dibina pada tahun 1875 Masihi dan dibina semula oleh pihak berkuasa pada tahun 1997.
Bangunan masjid itu bercirikan seni bina tradisional etnik Uygur. Teknik pembinaan masjid itu amat hebat.
Arkitek menggunakan batu bata berwarna kuning untuk membentuk corak berbentuk kubah yang cantik pada dinding.

Masjid Jamia di Jalan Sherry, Hong Kong

Pada tahun 1840-an, tentera Britain mencerobohi China yang diperintah oleh kerajaan Dinasti Qing pada masa itu. Kerajaan China terpaksa melepaskan Hong Kong kepada Britain menerusi satu perjanjian yang ditandatangani. Britain yang khuatirkan tindakan balas penduduk tempatan terhadap orang-orangnya, telah membawa masuk ramai orang India dari negara jajahannya yang lain ke Hong Kong sebagai pembantu penjajah. Sebahagian mereka yang datang ialah penganut Islam. Pada masa itu, ramai daripada mereka ditempatkan di Jalan Sherry. Selepas bekerja seharian, mereka sering berkumpul dan berjual beli di jalan tersebut. Dan bilangan mereka semakin bertambah akhirnya menjadi sebuah pasar. Jika masuk waktu sembahyang, mereka bersembahyang secara berjemaah di jalan tersebut. Penduduk tempatan, iaitu orang China pada masa itu tidak memahami apa yang dilakukan oleh pendatang Islam itu. Mereka sering kali melalui jalan tersebut selepas membeli daging babi di pasar Hong Kong. Dalam keadaan bersesah-sesah itu, ada penganut Islam yang tersentuh menyebabkan sering kali tercetus konflik antara orang India dengan penduduk tempatan. Untuk meredakan ketegangan dan mengekalkan kestabilan pentadbiran tanah jajahannya, pihak Britain menandatangani perjanjian dengan para penganut Islam bagi menyewa sebahagian tanah di sekitar jalan Sherry selama 999 tahun untuk membina sebuah masjid. Dengan demikian, penganut Islam di Hong Kong mempunyai masjid sendiri yang menjalankan kegiatan keagamaan tanpa gangguan.

Masjid Kaohsiung di Taiwan

Masjid Kaohsiung di Bandar Kaohsiung, Taiwan dibina oleh anggota tentera dan ahli politik beragama Islam yang berhijrah dari Tanah Besar pada Januari 1949. Pada mulanya, masjid itu hanya merupakan sebuah surau yang luasnya 27 meter persegi. Pada tahun 1951, masjid itu dipindahkan ke sebuah bangunan yang bercirikan seni bina Jepun dan berkeluasan kira-kira 460 meter persegi. Tuang sembahyang masjid itu mempunyai keluasan 135 meter persegi.
Seiring dengan pertambahan jumlah umat Islam di Bandar Kaohsiung, surau yang kecil itu tidak dapat menampung begitu ramai umat Islam solat berjemaah. Projek membina semula Masjid Kaohsiung bermula pada bulan Disember 1990 dan selesai pada April 1992. Bangunan baru masjid itu mempunyai tiga tingkat atas bumi dan setingkat di bawah tanah dan luasnya 2,657 meter persegi. Tingkat satu merupakan pusat aktiviti agama. Tingkat kedua merupakan ruang sembahyang dan kursus pengajian bahasa Arab dan pelbagai ilmu mengenai agama Islam. Dan tingkat ketiga merupakan ruang sembahyang untuk muslimah. Selain itu, masjid itu juga menyediakan pejabat imam, pejabat pentadbiran, ruang tetamu kenamaan, perpustakaan, tempat wuduk, tempat menyembahyangkan jenazah dan dapur.
Masjid Kaohsiung menubuhkan lembaga yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran masjid dan menangani hal ehwal yang berkenaan. Lembaga pada masa ini terdiri daripada 23 orang anggota yang dipilih oleh umat Islam tempatan. Selain itu, lembaga tersebut juga bertanggungjawab untuk mengawal dua kawasan makam Islam dan pusat bekalan makanan dan daging halal serta pembangunan komuniti Islam di kawasan yang berhampiran dengan masjid tersebut.

Ps:Stakat itu saja yg dpt saya kongsi kan,sbenarnya banyak lagi ^^
Insyaallah,jika ada masa saya akan berkongsi lagi ^^




Syurga Burung: BangongCo di Tibet, China

0
COM
Assalamualaikum w.b.t !

kali ni kita tgk sikit tntg "syurga burung:bangongco di Tibet,China"...

errmm,,mngapa ia digelarkan syurga burung?jom kita lihat ^_^Y

BangongCo yang terletak di kawasan sempadan China dengan India ini ialah habitat burung. Suasana alam sekitarnya amat baik dan sesuai untuk pelbagai jenis burung. Itulah sebabnya, BangongCo dikenali juga sebagai "syurga" burung.

Suhu di Hulunbiur Mencecah Minus 40 Darjah

0
COM
Assalamualaikum w.b.t !

kali ni saya ingin kongsikan sikit inform yg tidaklah terlalu dasyat...ttapi "suhu di Hulunbiur,
China mencecah minus ( - ) 40 darjah????
boleh mengigil satu badan suhu macam tuu =_=!
Suhu di Hulunbiur, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China menurun ke minus 40 darjah pada 15 Januari lalu. Ini merupakan hari ke-8 suhu di kawasan tersebut di bawah minus 40 darjah dan juga merupakan cuaca yang paling sejuk pada musim sejuk ini.

Kabus di Hulunbiur menjadi ais kerana cuacanya terlalu dingin pada 15 Januari lalu. Pemandu kereta perlu berhati-hati kerana jalan diseliputi ais.

Gambar Mekah Pada 126 Tahun Yang Lampau

0
COM
Assalamualaikum w.b.t !
Gambar Mekah  Pada 126 Tahun  Yang Lampau
Mekah pada tahun 1889 Masehi.
7aj zman1 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
7aj zman2 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
الحجيج في عرفات
Jemmah Haji Di Padang Arafah.
7aj zman3 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
الخيم المؤقته في عرفات
Khemah sementara di Padang Arafah.
7aj zman4 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
جبل عرفات
Bukit -bukit di Padang Arafah.
7aj zman5 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
الحجيج يستريحون قليلا في مزدلفة
Para Jemaah Haji berehat sebentar di Padang Arafah.
7aj zman6 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
الحجيج حول ضريح السيدة ميمونة ( ايام الجهل والإعتقاد في اصحاب القبور)
Para Jemmah berhimpun di kubur Saaidatina Maimunah.
7aj zman7 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
المطبعة التي بناها العثمانيون في مكة المكرمة
Percetakan yang dibina oleh Kerajaan Othmaniah di Mekah Al-Mukarramah.
7aj zman8 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
منظر عام لمدينة مكة المكرمة
Pemandangan umum di Kota Mekah.
7aj zman9 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
مكة المكرمة من قمم أحد الجبال المحيطة بها عام 1885 م
Kota Mekah yang dikelilingi oleh bukit pada tahun 1885 M.
7aj zman10 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
الحجاج في وادي ” منى
Jemmah Haji di Wadi Mina.
7aj zman11 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما