Padang rumput Xinjiang yang mempersonakan


Assalamualaikum !

Xiao an,bertemu kite lagi di blogger ini ^^

sperti biasa,kali ini saya ingin mengkongsikan tntg tempat2 mnarik,juga di China !

iaitu Padang Rumput di Xinjiang ^^


Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang merupakan wilayah peringkat provinsi yang paling luas di China. Xinjiang juga kawasan penternakan utama di negara ini. Luasnya padang rumput di wilayah itu kira-kira 58 juta hektar. Akhir-akhir ini, sumber asli ini semakin dipulihara ekoran dasar kerajaan untuk melindungi sumber padang rumput.
Padang Rumput Bayanbulak terletak di bahagian tengah Banjaran Tianshan dan dikelilingi oleh gunung salji. Padang rumput yang terletak di tempat setinggi 2,500 meter dari paras laut ini merupakan padang rumput kedua terbesar di China selepas Padang Rumput Erdos, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam. Padang Rumput Bayanbulak ini datar dan kaya dengan sumber air, dan merupakan pangkalan penternakan yang paling utama di Xinjiang. Zon perlindungan angsa liar yang terbesar terdapat di padang rumput ini. Pada musim panas, bunga-bunga yang berkembang dan kumpulan kambing seolah-olah kepulan awan yang menghiasi padang rumput yang menghijau ini. 

Padang Rumput Gongnais, yang juga merujuk kepada lembah Sungai Gongnais merupakan padang rumput yang terkenal di Xinjiang. Spesies flora di sini beraneka jenis kerana hujan yang banyak. Jun hingga September dianggap musim yang paling cantik di Gongnais, hingga menarik jurugambar dari seluruh negara bahkan luar negara datang untuk mengambil gambar. 

Bandar Altay yang terletak di kawasan utara Xinjiang juga kawasan hutan utama. Kebanyakan pokok di sini ialah pokok cemara kerana suhu yang dingin. 

Tasik Sayram, yang dinamakan "Laut Bersih", terletak di utara Banjaran Tianshan. Tasik ini yang paling luas dan terletak paling tinggi dari paras laut di wilayah Xinjiang. Tasik Sayram diibaratkan sebagai batu berlian biru di Xinjiang.

Subahannallah !indahnya ciptaan-Nya ^___^ ..sungguh stiap ape yg Allah yg ciptakan itu adalah sempurna,tiada cacat celanya ^^



No comments:

Post a Comment