Melaka benarkan Remaja berkahwin awal,sape stuju?

4864939788 bf5999d4a0 Kahwin Awal. Setuju?
Hari itu Melaka bagi cadangan buat sekolah untuk pelajar yang mengandung dan hamil. Sekarang ini pula Puteri Umno nak cadangan ini dipanjangkan untuk digunapakai diperingkat Nasional. Gelojoh betul. Dah fikir masak-masak ker sebelum bagi cadangan? Kemudian datang pula cadangan selepas itu yang mahu memberikan peluang kepada remaja bawah umur untuk kahwin awal. Ini salah satu petunjuk yang mana gejala sosial anak-anak muda Malaysia dah tak terbendong lagi……
Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata konsep sekolah khas untuk pelajar hamil yang dicadangkan oleh kerajaan Melaka harus dipertimbangkan untuk dilaksanakan di peringkat kebangsaan. Beliau berkata, remaja seperti ini seharusnya diberi peluang kedua supaya negara tidak kehilangan generasi yang berpotensi untuk menjadiberguna dan menyumbang kepada pembangunan negara nanti.
“Kita harus terbuka kepada hal ini, ada berlaku gejala sosial seperti inidan salah satu usaha kita dalam memberi ruang kepada mereka, ialah mewujudkaninstitusi yang tersendiri supaya mereka boleh meneruskan pembelajaran. BERNAMA
Betul ker boleh selesai masalah? Memang betul dengan pelaksanaan langkah ini akan dapat mengurangkan bilangan anak luar nikah dan juga daripada segi aspek kemanusiaan. Tetapi persoalannya, apa matlamat kita sebenarnya sekarang? Penyelesaian jangka masa pendek atau panjang? Adakah selepas ini, apabila terjadinya lambakan kes bunuh, kes merempit, kes mat gian akan tertubuhnya pula :
  1. Sekolah membunuh
  2. Sekolah merempit
  3. Sekolah mat gian
4864321229 d1555fe3ae Kahwin Awal. Setuju?
Supaya mereka diberi peluang kedua? Macam itu ka yang kita mahukan sebenarnya? Kenapa suka sangat ambil jalan singkat. Tak selesai masalah setakat nak buat sekolah hamil ka, sekolah mengandung ka. Mengapa tidak diperbetulkan daripada peringkat awal lagi? Dalam pada masa yang sama juga mempertingkat dan memperkemaskan lagi pengisian dalam pusat-pusat pemulihan akhlak yang sedia ada baik daripada aspek akademik mahupun agama.
“Kita selalu mengambil tindakan drastik selepas masalah bertambah teruk, tetapi kurang mengambil perhatian dalam usaha membendung diperingkat awal lagi”. AKAR MASALAH tidak diubati.
Misalnya, dalam kes terlanjur ini, saya rasa adalah lebih relevan kita merangka strategi untuk mengelakkan anak-anak melakukan seks tanpa perlindungan. Ia jauh lebih baik dan mudah daripada menjaga mereka yang sudah sah membawa budak. Bila kita membuat langkah seperti sekolah ini, maka tidak hairan jika ada yang berpandangan ia menggalakkan mengandung luar nikah. Sebab kalau dah memboyot,  nak takut apa lagi? Ada tempat untuk mengadu nasib. Jangan takut lagi melahirkan anak luar nikah selepas ini. Begitu yang kita mahukan?
Tetapi cadangan untuk peringkat negeri Melaka telah pun diluluskan 3 minggu yang lalu dan dah nak tertubuhnya pun sekolah khas untuk pelajar mengandung di Jasin, Melaka tidak lama lagi. Hai…..menunjukkan betapa nazaknya akhlak remaja hari ni. Dah tertubuhnya sekolah hamil, datang pula cadangan nak bagi peluang remaja bawah umur untuk kahwin awal.
AYER KEROH -  Kerajaan Negeri akan membantu pelajar yang ‘miang’ mahu berkahwin bagi membendung maksiat dan zina berleluasa di negeri yang terkenal dengan aktiviti pelancongan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, berkahwin muda bukanlah sesuatu yang pelik dan mengarut tetapi jalan penyelesaian masalah sosial yang ditimbulkan pelajar serta remaja.
“Daripada masalah buang bayi akibat hubungan tidak sah menjadi semakin banyak di negeri ini, baik kita benarkan mereka bernikah yang sudah tentu akan melahirkan anak hasil hubungan halal. “Bagi remaja yang masih bersekolah tetapi mahu berkahwin dan tidak mendapat kebenaran ibu bapa, mereka boleh mengadu kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pihak JAIM akan bertemu, memujuk ibu bapa serta berbincang supaya membenarkan anak mereka berkahwin,” katanya.
Mohd Ali berkata, kebanyakan remaja kini melahirkan anak luar nikah kerana tidak dapat mengawal nafsu. “Biasalah remaja tengah miang, nak kahwin ibu bapa tak benarkan dan disebabkan tidak dapat kawal nafsu, akhirnya mereka melakukan hubungan luar nikah menyebabkan lahirnya anak hasil hubungan tidak sah. “Tetapi jika mereka berkahwin dalam usia muda, mereka boleh lakukan hubungan yang halal dan jika perempuan itu mengandung pihak sekolah tidak membenarkannya ke sekolah dan mereka boleh masuk Sekolah Murid Mengandung yang Kerajaan Negeri mahu tubuhkan,” katanya.
Mengulas idea penubuhan Sekolah Murid Mengandung yang mendapat reaksi negatif Kementerian Pelajaran, Mohd Ali berkata, sekolah itu tetap diteruskan, sama ada mendapat sokongan atau tidak. “Kerajaan negeri akan terus membina sekolah untuk pelajar perempuan mengandung secara sah tetapi tidak diterima belajar di sekolah biasa. “Apa pilihan yang ada? Inilah caranya bagi mengelakkan maksiat dan zina berlaku di kalangan pelajar di negeri ini,” katanya.
4864939720 8bcb398f27 Kahwin Awal. Setuju?
Adakah kita berkahwin hanya semata-mata untuk buat seks semata? Adakah sudah difikirkan kesan yang akan berlaku pada masa akan datang selepas pelaksanaan kahwin awal ini? Kahwin adalah satu tanggungjawab. Sudah mampu mereka nak sara dan mengurus rumah tangga dengan baik sehingga boleh mengelakkan menyebabkan berlaku perceraian di usia muda? Ibubapa nak tanggung? Kalau kena keluarga miskin bagaimana? Kan itu dah susahkan ibubapa. Atau kerajaan nak bantu? Kerajaan nak bantu dalam bentuk bagaimana? Susah ker senang nak dapat bantuan?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia ada keimanan”
Adakah dengan kahwin awal, maka dapat mengelakkan gejala sosial? Antara yang dipertontonkan kepada Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa Isra’ adalah azab kepada penzina suami dan isteri. Bermakna, akhir zaman, berlakunya “gelombang besar” penzinaan antara suami orang dan isteri orang lain. Dan terbukti dalam akhbar terulung Malaysia soal seks dan rumahtangga hari ini seringkali memberikan “liputan lengkap” memaparkan kes-kes sebegini.

No comments:

Post a Comment