Melancong ke Gunung Arxan Pada Musim Sejuk

Assalamualaikum !

...sperti biasa juga saya ingin mengkongsikan tmpat2 mnarik masih lgi di China .

knape China?krana trdapat bnyk tmpat2   di China slain dari Tembok Besar china yg kita 

tahu slama ini,pdahal bnyak lagi tmpat2 yg mnarik ^^...jadi tnpa mmbuang masa jom kita         

"Melancong ke Gunung Arxan Pada Musim Sejuk" !!!

Gunung Arxan terletak di bahagian timur Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China. Gunung Arxan yang sepanjang lebih kurang 200 kilometer itu merupakan bahagian tengah Banjaran Gunung Da Hingganling, dan Gunung Arxan juga digelar sebagai "Intan Hijau" dalam kawasan Pergunungan Da Hingganling. Gunung Arxan yang terdiri daripada hutan, mata air panas, salji, padang rumput, gunung berapi, sungai dan tasik telah memperlihatkan keindahannya yang luar biasa kepada semua pengunjung yang melancong ke gunung itu.
Nama penuh Gunung Arxan ialah Gunung Halun Arxan. Dalam bahasa Mongol, Halun bermaksud panas manakala Arxan bermaksud air suci. Maka Gunung Arxan terkenal dengan mata air panas dan bukannya nama sesebuah puncak.
........................................................................................
Terdapat 76 buah mata air panas di seluruh kawasan Gunung Arxan dan ini jarang ditemui di tempat-tempat lain di dunia. Pada pertengahan Era Senozoik, zon sesar terbentuk di kawasan pergunungan Arxan dan air bawah tanah menyerap ke dalam retakan batu. Melalui pemanasan geoterma dan mineral, maka terbentuklah mata air panas yang mengandungi pelbagai elemen mineral yang berlainan. 

Terdapat juga satu legenda mengenai mata air di Gunung Arxan. Kononnya pada beberapa ratus tahun yang lampau, seorang maharaja telah menghidap sejenis penyakit yang kian hari kian kritikal. Apabila kerabat diraja itu sibuk membuat persiapan bagi pengebumian maharaja itu, seorang sami yang berpengetahuan meluas memasuki istana maharaja itu dan memberitahu tabib diraja supaya menghantar maharaja itu ke Gunung Arxan dan memandikan maharaja dalam mata air panas di gunung itu kerana air itu dapat mengatasi penyakit maharaja tersebut. Maka, maharaja yang dalam keadaan koma itu dibawa ke Gunung Arxan lalu dimandikan dalam mata air panas sebagai mengikut pesanan sami tersebut. Setelah mandi selama 14 hari, maka maharaja itu pun sembuh. Sejak itulah, ramai orang datang ke Gunung Arxan untuk mandi dalam mata air panas bagi menghapuskan penyakit.
Walaupun mata air panas di Gunung Arxan tidak mempunyai kuasa kesaktian seperti yang dikatakan dalam legenda tersebut, namun mata air panas di Gunung Arxan memang mengandungi banyak elemen seperti tembaga, mangan, strontium serta elemen radiasi seperti radium dan uranium. Elemen-elemen itu memang berfaedah kepada organ motor, organ asimilasi serta saluran darah dan jantung, khususnya berkesan bagi pengubatan penyakit reumatisme, artritis (radang sendi), kesakitan pinggang dan kaki. 

Kompleks Gunung Berapi Halaha merupakan sebuah kompleks gunung berapi yang terkenal di China. Tasik Tianchi merupakan salah sebuah tasik di kawah gunung berapi yang setinggi lebih 1300 meter dari paras laut. Permukaan tasik itu berwarna biru yang murni tanpa tercemar. Apabila angin bertiup, riak yang mengocak permukaan air yang tenang itu kelihatan seakan-akan pemandangan di syurga.
Tasik di kawah gunung berapi itu juga disebut sebagai Tasik Maer. Tasik Tianchi menjadi terkenal di kawasan Gunung Arxan disebabkan beberapa faktor: Yang pertama ialah dalamnya tasik ini masih tidak diketahui sehingga kini. Pakar geologi pernah menjalankan pengukuran terhadap tasik ini pada tahun 2004 tetapi tidak dapat angka yang terperinci. Kedua ialah tiada punca masuk dan keluar air di dalam tasik ini dan paras airnya tidak berubah. Ketiga adalah yang ikan tidak dapat hidup di dalam Tasik Tianchi. Dan keempat ialah sekiranya dipandang dari udara dengan menaiki helikopter, Tasik Tianchi ini kelihatan seperti intan biru yang ditatah pada puncak gunung itu.


No comments:

Post a Comment