5 tempat menarik di China

      Lima tempat menarik di China.                       

Assalamualaikum w.b.t !

kali ni saye ingin mengkongsikan skit tntg tempat2  China...(my fav place xD)

jadi jom kita tgk :D !!!
Pasti ramai yang tahu Tembok Besar China, salah satu destinasi pelancongan di China yang sangat terkenal di dunia. Namun selain Tembok Besar, terdapat banyak tempat lain yang menarik di China yang harus anda kunjungi jika melancong ke sini.
1. Tasik Karakul, Xinjiang
Tasik Karakul terletak di sepanjang jalan tol Karakorum dan berhampiran sempadan Tajikistan.Terdapat banyak unta, dan yak di Karakul.

2. Menara Tibet di Sichuan Barat
Menara-menara misteri ini menghiasi Koridor Suku di Provinsi Sichuan Barat. Ratusan menara masih utuh dan beberapa menara mencapai ketinggian 50 meter dan menunjuk ke 13 titik. Menara yang tertua dianggarkan berusia 1200 tahun.

3. Sungai besar di China
China memiliki beberapa sungai terbesar di Asia, iaitu Sungai Kuning, Yangtze, dan Lancang China masih memiliki beberapa batang sungai yang terpelihara dan memperlihatkan sisi lain China yang jarang ditampilkan.

4. Afrika Kecil, Guangzhou
Tersembunyi di salah satu pusat Kota Tua Guangzhou adalah sudut paling menarik di China yang tidak pernah anda ketahui; komuniti yang terdiri daripada sekitar 20 ribu pedagang asal Nigeria, Senegal, Ghana, dan negara-negara lain di Afrika.

5. Pulau Gulangyu
Setiap pelancong ke China selalu mempunyai cerita tentang kenderaan bermotor dan jarang yang positif. Gulangyu, sebuah pulau di persisir pantai Xiamen, menjadi satu-satunya tempat tenang di China yang tidak mempunyai sebarang kenderaan bermotor.







No comments:

Post a Comment