Enam Pemandangan Alam Yang Paling Indah Di China

Assalamualaikum   w.b.t !

just for fun in China ^^

"Enam Pemandangan Alam  Yang Paling Indah Di China"

1. Tasik NamCo – Tasik air masin yang tertinggi dari paras lautnya di China
Tasik NamCo, di barat laut Lhasa, Tibet terletak setinggi lebih 4700 meter dari paras laut, dan luasnya mencatat 1940 kilometer persegi. Ia merupakan tasik air masin yang tertinggi dari paras lautnya di China. "Nam-Co" merupakan tasik yang suci dalam hati masyarakat etnik Tibet. Ramai penganut buddha Tibet dari seluruh negara setiap tahun beribadat di tasik itu. Tasik NamCo seperti sebuah cermin yang besar di dalam padang rumput utara Tibet. Tasik ini mewarisikan kebercayangan dan impian dari generasi ke generasi Tibet. Pemandangan alam yang amat indah permai di tasik tersebut menarik lebih ramai jurugambar.
Cara melancong terbaik: Berjalan-jalan mengelilingi Tasik NamCo
Bulan Mei hingga bulan Oktober merupakan waktu pelancongan terbaik.

2. Gunung Changbai – Kawasan habitat harimau Siberian liar yang terbesar di China
Rentak urbanisasi yang lebih cepat, menyebabkan kita kekurangan masa untuk berehat, dan mengunjungi tempat-tempat alam semula jadi. Melihat harimau Siberian di alam semula jadi tidak sama dengan melawatnya di zoo. Hanya di kawasan alam semula jadi, kita dapat merasai kejutan sebenar harimau Siberian, yang menjandikan Gunung Changbai menjadi lebih bertenaga.
Cara melancong terbaik: Menjejaki kawasan tempat harimau Siberian dan mengambil gambar.
Sila beri perhatian kepada keselamatan ketika menjejaki harimau Siberian.

3. Kaunti Dan – "Bandar Guruh"
Kaunti Dan, di Provinsi Hainan merupakan tempat yang mempunyai ribut petir yang paling banyak di China. Di kaunti ini, 131 hari setahun akan dilanda ribut petir. Oleh sebab itu, kaunti tersebut digelar sebagai "Bandar Guruh". Kita sukar membayangkan imej tersebut. Namun, kaunti itu menjadi destinasi impian penjelajah.
Cara melancong terbaik: Menikmati fenomena alam.
Amat berbahaya di kawasan terbuka ketika berlaku petir..

4. Air Terjun Huangguoshu - Air terjun yang terbesar di China
Air Terjun Huangguoshu terletak di Provinsi Guizhou, bahagian barat daya China. Pada musim panas, air terjun seluas lebih 80 meter dan ketinggian 74 meter mengalir mencurah-curah ke kolam batu di kaki gunung. Manakala pada musim sejuk, pemandangan air terjun itu agak berbeza, airnya mula mengalir dengan perlahan-lahan dari kawasan pergunungan.
Cara terbaik melancong: Bulan Mei hingga Oktober, dengan pelangi sentiasa menghiasi langit atas air terjun.



5. Puncak Qomolangma – Puncak gunung Himalaya di China
Tidak kira rakyat orang asing, jika adapeluang, ramai yang berhasrat untuk melancong ke Tibet. Puncak gunung Qomolangma, yang juga dikenali sebagai Everest, puncak gunung tertinggi di dunia terletak di kawasan ini. Berdiri di hadapan Puncak Gunung Qomolangma, kita boleh berasa kemegahannya ataupun tidak mendakinya. Sekadar datang ke sini dan melihat keadaannya merupakan pengalaman.
Cara terbaik melancong: mendaki ke puncak gunung merupakan impian ramai penggambar profesional. Bagi pelancong biasa, mereka menikmati pemandangan dengan hanya menyaksikan puncak gunung itu atau berjalan-jalan di kaki gunung.
Bulan April hingga Jun, dan September hingga Oktober merupakan waktu terbaik melancong. Sebelum ke sini, dinasihatkan melakukan latihan fizikal yang ekstrim terlebih dahulu sebagai persiapan.

6 Padang Pasir Taklamakan – Padang pasir terbesar di China
Padang Pasir Taklamakan yang terletak di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pernah digelar oleh penjelajah Barat sebagai "Laut Mati". Keluasannya mencatat 330 ribu kilometer persegi dan merupakan padang pasir paling luas di seluruh China. Pemandangan padang pasir saujana mata memandang itu mempunyai daya tarikan yang memukau. Setiap pengembara pasti berpuashati kerana pernah merentasi padang pasir itu. Berdiri di gurun Taklamakan, anda pasti punya kepingin dengan air dan warna hijau. Menyaksikan hutan Poplar, anda mungkin memahami erti hidup dan mati.
Cara melancong terbaik: memandu kereta dan membuat persiapan yang secukupnya.





No comments:

Post a Comment