Asalamualaikum!haaa,dh tgk gmbar di atas??hero melayu kita gitu?hehe,itulah dia leftenan adnan saidi...
sape yg tk knal mmg bkn org malaysia lah tuu,..haa lps2 ni pakat2 kena kenal,tk knal maka tk sayang(ok2,dh start ngarut ni >.<)
jom kita tahu sdikit-sbnyak tntg beliau nie~ =D
Adnan Saidi menerima
pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai
guru pelatih dan mengajar (
alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki
tentera.
Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki
Rejimen Askar Melayu(
Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat
Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di
London bagi menyambut pertabalan Raja
George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke
Singapurauntuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai
Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua
Platun ke-7,
Kompeni 'C' .
Sebagai ketua keluarga
Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada
London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya, Puan
Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di
Seremban dan
Johor), dan seorang anak perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan
Singapura.
Apabila berita peperangan
Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak
Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di
Kajang Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Pertempuran di Bukit Candu
Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di
Singapura.
Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan
Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.
Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen.
Renya Mutaguchimenumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara,
mortar berat dan bedilan
meriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di Perkampungan
Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni 'C'. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (
Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (
Gap).
Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.
Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "
tentera Sikh" daripada
Tentera British India (
British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti
Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.
Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.walaupun leftenan adnan terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh leftenan adnan dan regimennya.
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis
senjata digunakan, termasuk
bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis
Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan
bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
Korporal Yaakob, yang mendapat
Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.
Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).
Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General
A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:
- "Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."
- "After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)…"
Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (yang direkodkan) dengan Tentera Jepun.
potret beliau (hensem~)
rejimen malaya smasa memasang bom mortar
anggota2x perintis batallion pertama rejimen askar melayu diraja
ok,dh tahu kn btapa susahnya nk membebaskan negara yg dijajah?
ermm,kita kena bersyukur krana negara kita
merdeka =) ...
ok skrg yg bwah ni pula film tentang leftenan adnan,dh lama buat
tpi mmg sronok ada bnyk iktibar kita blh dpt =)
Leftenan Adnan (filem)
Filem Leftenan Adnan adalah mengenai perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang TenteraJepun semasa Perang Dunia II. Filem ini ditayangkan semasa Hari Kemerdekaan Malaysia. Azri Iskandar tersingkir daripada memegang watak Leftenan Adnan dan tempatnya diganti oleh Hairie Othman. Azri telah melakonkan 12 babak yang terpaksa dilakonkan semula oleh Hairie.
sinopsis:
Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di
Port Diskson.
Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di
London.
Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun.
Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di
Pasir Panjang,
Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh.
Pelakon
Pelakon | Watak |
Hairie Othman | Leftenan Adnan |
Umie Aida | Safiah (Isteri Leftenan Adnan) |
Farid Amirul | Mejar Fujiwara |
Faizal Hussein | Prebet Ayob |
Rusdi Ramli | Prebet Malik |
Shaharuddin Thamby | Ibrahim Yaakob |
Wahid (Senario) | Ismail Malim Mas |
M. Osman | Pak Saidi |
Sherie Merlis | Tumirah |
Rambo Chin | Jeneral Yamashita |
TS Jeffry | Pemimpin Komunis |
Zul Yahya | Ahmad |
Johan Abdullah | Pegawai Tentera British |
Mejar Mohd Razak Omar | Sarjan Ngah |
Koperal Wan Shakri Wan Ee | Prebet Ali |
Pengarah
Pencapaian
- Festival Filem Asia Pasifik ke-45, 2000 (Hanoi)
- Penataan Bunyi Terbaik - Azman Abu Hassan
- Anugerah Khas Juri - Pemupukan semangat patriotisme dan nasionalisme
- Festival Filem Malaysia ke-15, 2001 (Shah Alam)
- Filem Terbaik
- Pengarah Terbaik - Aziz M. Osman
- Penataan Seni Terbaik - Wan Nazrul Ashraff
- Anugerah Khas Juri - Usaha mengangkat jasa wira bangsa
tonton di youtube:
part1:http://youtu.be/6VaIAfRzUU4
part2:http://youtu.be/GKZITUmIXtk
part3:http://youtu.be/JGN0TfQ35WE
part4:http://youtu.be/rYSJJo0SBxw
part5:http://youtu.be/m8DoTrR5z8A
part6:http://youtu.be/Kw4R0Bz8i98
part7:http://youtu.be/eo3_FaKINx4
part8:http://youtu.be/jnCu73n0X5E
part9:http://youtu.be/S0GRYhOtn9w
part10:http://youtu.be/tmivfOg4hqI
part11:http://youtu.be/qlWkoRfg5H0
part12:http://youtu.be/YtCvNJjybXw
part13(last):http://youtu.be/8Pbq8_fi-K0
ok,stakat tuu je untuk harini nnti kita berjumpa lgi =) asalamualaikum !