Penggunaan Perkataan HUK ALOH !

Asalamualaikum smua !

lama sudah WAN tak meng-update di blog ini ~
sejak kebelakangan nie mmg WAN tiada mod 
Stress juga sebab kerja sekolah pun banyak
maklumlah dah naik Form 4 ~

oklah hari ni wan nk update pasal satu benda nie ..
rasa-rasanya korang pun mmg suka sebut perkataan nie 
"Huk Aloh"
nate apo tu ? :P tiba speaking kelate pulo ~
okay benda nie copy paste je , skadar untuk pengajaran
agar kita tak ulang lagi ~

Sering kita dengar dan lihat dalam tv, pelakon-pelakon dan pelawak-pelawak suka menyebutkan perkataan "HUK ALOH!" iaitu ungkapan yang kononnya trademark orang-orang sebelah Pantai Timur terutamanya Kelantan.

Actually, "HUK ALOH" ni tak bagus diamalkan dalam kehidupan.

Malahan, rakyat Kelantan sendiri pun bukannya suka sangat sebut benda ni.

Kita pernah dengar dalam al-Quran sebut:

فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ
"Fala taqullahuma uffin"
Terjemahan: ...maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha"...
- Surah al-Isra' ayat 23.

"HUK ALOH" ni lazimnya disebut oleh anak-anak yang malas bila disuruh buat sesuatu oleh orang tuanya. Contoh:

Mak: "Man, tlg sidai baju."
Man: "Huk aloh..suruh Kak Long la buat.."

atau

Disebut dalam situasi ini:

Man: "Hamid tak datanglah."

ALif: "HUK ALOH! Menyusahkan orang je tunggu sejam dua kat sini!"

"HUK ALOH" adalah suatu perkataan yang disebut dengan perasaan malas, jelik, rasa tak puas hati, "meccok" orang Kelantan kata.

Jadi, di mana baiknya perkataan "HUK ALOH" ini dijadikan basahan lidah? Tidak ada baiknya walaupun sekadar suka-suka disebut. Apa faedahnya? Tidak ada.

"HUK ALOH" dikatakan"HUK ALLAH" langsung tidak ada kaitan! Jangan pandai-pandai kata ALOH itu sebenarnya ALLAH.

Tinggalkanlah perkataan ini. Gantilah dengan perkataan yang lebih baik.

Jika disuruh mak buat kerja, sebutlah "Insya-Allah". Jika rasa tak puas hati, sebutlah, "Astaghfirullahaladzim". Jika rasa geram dengan seseorang, sebutlah "Subhanallah!"

mudah-mudahan dapat kiter ambil info dan pengajaran dari ilmu diatas ~
oklah sampai disini saje kalau ada masa WAN akan berkongsi lagi~



1 comment: