sejarah Super Sentai

April 1975-Siri Super Sentai pertama hasil mendiang Ishinomori Shotaro, Himitsu Sentai GoRanger ditayangkan dan pada tahun 1979, ia disiarkan di luar negara termasuk Filipina dimana ia dipanggil Star Rangers

Julai 1975 hingga Disember 1976-4 buah filem GoRanger ditayangkan antaranya:

-GoRanger The Movie(berdasarkan daripada episod 6 GoRanger)
-GoRanger The Blue Fortress(berdasarkan daripada episod 15 GoRanger)
-Goranger The Red Death March(berdasarkan daripada episod 36 GoRanger)
-Goranger The Final Mountain Explosion(berdasarkan daripada episod 54 GoRanger)
-GoRanger The Bomb Hurricane

April 1977-Siri Super Sentai ke-2,JAKQ Dengeki Tai ditayangkan selepas tamatnya siri GoRanger dan disiarkan hanya setakat 35 episod sahaja serta 1 filem JAKQ ditayangkan bertajuk JAKQ Dengeki Tai

18 Mac 1978-Filem team up Super Sentai pertama,JAKQ VS GoRanger ditayangkan
(setahun selepas siri JAKQ tamat siaran).Namun konsep Sentai Versus diperkenalkan semula pada tahun 1996 apabila sebuah filem video V-Cinema, OhRanger VS Kakuranger

Februari 1979,Siri Super Sentai ke-3, Battle Fever J ditayangkan dan merupakan siri Super Sentai pertama mempunyai robot tetapi Battle Fever J dikira sebagai siri Super Sentai pertama hasil daripada Saburo Yatsude (GoRanger dan JAKQ tidak dikira sebagai siri Super Sentai sehingga tahun 1994) serta motif Battle Fever J adalah berdasarkan daripada komik Marvel,Captain America

Februari 1980-Siri Super Sentai ke-4,Denshi Sentai Denjiman disiarkan selepas tamatnya siri Battle Fever J dan mempunyai 1 filem

Februari 1981-Siri Super Sentai ke-4,Taiyou Sentai Sun Vulcan disiarkan selepas tamatnya siri Denjiman dan merupakan sekuel kepada siri sebelumnya dan mempunyai 1 filem sahaja

Februari 1982-Siri Super Sentai ke-6,Dai Sentai Goggle Five disiarkan selepas tamatnya siri Sun Vulcan dan mempunyai 1 filem. Siri Goggle Five adalah siri Super Sentai paling popular terutamanya di Brazil, Indonesia, Itali dan Filipina

Februari 1983-Siri Super Sentai ke-7,Kagaku Sentai Dynaman disiarkan selepas tamatnya siri Goggle Five . Kemudian pada tahun 1987,sebahagian episod siri Dynaman kemudian dialih suara dalam versi parodi bahasa Inggeris menerusi slot Night Flight dan penggunaan muffler dalam siri Super Sentai diabaikan.

Februari 1984-Siri Super Sentai ke-8,Choudenshi Bioman disiarkan selepas tamatnya siri Dynaman mempunyai 1 filem.Siri Bioman adalah siri Super Sentai yang cukup popular di Filipina(dialih suara dalam Bahasa Inggeris) dan di Perancis(dialih suara dalam bahasa Perancis) di mana penyanyi.Bernard Minet menyanyikan lagu tema dalam versi Bahasa Perancis.

Februari 1985-Siri Super Sentai ke-9,Dengeki Sentai Changeman disiarkan selepas tamatnya siri Bioman dan mempunyai 2 filem iaitu:Dengeki Sentai Changeman(6 Mac 1985) dan Dengeki Sentai Changeman:Shuttle Base The Critical Moment !!(13 Julai 1985) dan ia merupakan siri Super Sentai paling popular di Brazil

Mac 1986-Siri Super Sentai ke-10,Choushinsei Flashman disiarkan selepas tamatnya siri Changeman dan mempunyai 2 filem iaitu:Choushinsei Flashman(15 Mac 1986) dan Flashman:Big Rally, Titan Boy !!(14 Mac 1987).Pada tahun 1990-an,siri Flashman cukup popular terutamanya di Brazil,Peru.Korea Selatan dan Malaysia(dimana ia ditayangkan di stesen televisyen RTM,TV2)

Februari 1987-Siri Super Sentai ke-11,Hikari Sentai Maskman disiarkan selepas tamatnya siri Flashman dan mempunyai 1 filem. Siri Maskman cukup popular di negara Asia seperti Filipina(dialih suara dalam Bahasa Tagalog) dan Malaysia(dialih suara dalam Bahasa Melayu dan disiarkan di RTM TV2 pada pertengahan tahun 1990 an) serta di Brazil(dalam Bahasa Portugis) dan Perancis(dikenali sebagai Bioman 2-Maskman)

Februari 1988-Siri Super Sentai ke-12,Chojuu Sentai Liveman disiarkan selepas tamatnya siri Maskman dan merupakan siri Super Sentai yang terakhir pada era Showa dan siri Liveman begitu popular di Amerika Latin terutamanya di Peru dan di Perancis ia dikenali sebagai Bioman 3. Di Asia siri Liveman disiarkan di Korea dan Indonesia

Februari 1989-Siri Super Sentai ke-13,Kosoku Sentai Turboranger disiarkan selepas tamatnya siri Liveman dan mempunyai 1 filem.Siri Turboranger begitu popular di sebilangan negara termasuk Filipina,Perancis dan Indonesia

Mac 1990-Siri Super Sentai ke-14,Chikyuu Sentai Fiveman disiarkan selepas tamatnya siri Turboranger.

Februari 1991-Siri Super Sentai ke-15,Choujin Sentai Jetman disiarkan selepas tamatnya siri Fiveman dan siri Jetman mempunyai episod epilog dimana watak baru bagi pengganti Black Condor muncul didalam manga epilog. Siri Jetman begitu popular di Filipina,Malaysia,Thailand,Indonesia dan Perancis(namun dihentikan separuh jalan sahaja)

Februari 1992-Siri Super Sentai ke-16,Kyoryuu Sentai Zyuranger disiarkan selepas tamatnya siri Jetman dan merupakan siri Super Sentai pertama menampilkan watak ke-6.Setahun kemudian, siri Zyuranger buat pertama kali diadaptasi ke versi Amerika iaitu Mighty Morphin Power Rangers

Februari 1993-Siri Super Sentai ke-17,Gosei Sentai Dairanger disiarkan selepas tamatnya siri Zyuranger dan mempunyai 1 filem dan kemudian diadaptasi ke siri Mighty Morphin Power Rangers Musim Ke-2(hanya sut Kiba Ranger sahaja digunakan)


Februari 1994-Siri Super Sentai ke-18, Ninja Sentai Kakuranger disiarkan selepas tamatnya siri Dairanger dan mempunyai 1 filem dan kemudian diadaptasi ke siri Mighty Morphin Power Rangers Musim Ke-3 a.k.a Mighty Morphin Alien Rangers.Sebuah filem pendek 3D berdurasi 8-minit bertajuk Super Sentai World ditayangkan di taman tema hiburan di Jepun

Mac 1995-Siri Super Sentai ke-19,Chouriki Sentai Ohranger disiarkan selepas tamatnya siri Kakuranger dan mempunyai 1 filem dan 1 filem V-Cinema Sentai Versus dan kemudian diadaptasi ke siri Power Rangers Zeo

1996-Filem V-Cinema Sentai Versus pertama,OhRanger VS Kakuranger dikeluarkan

Mac 1996-Siri Super Sentai ke-20,Gekisou Sentai Carranger disiarkan selepas tamatnya siri Ohranger dan kemudian diadaptasi ke siri Power Rangers Turbo

1997-Filem video Sentai Versus kedua, Carranger VS OhRanger dikeluarkan

Februari 1997,siri Super Sentai ke-21,Denji Sentai Megaranger disiarkan selepas tamatnya siri Carranger dan kemudian diadaptasi ke siri Power Rangers In Space

1998-Filem video Sentai Versus ketiga,Megaranger VS Carranger dikeluarkan

Februari 1998-Siri Super Sentai ke-22,Seijuu Sentai Gingaman disiarkan selepas tamatnya siri Megaranger dan kemudian diadaptasi ke siri Power Rangers Lost Galaxy

1999-Filem video Sentai Versus keempat, Gingaman VS Megaranger dikeluarkan

Februari 1999-Siri Super Sentai ke-23,Kyuukyuu Sentai Go Go Five disiarkan selepas tamatnya siri Gingaman dan kemudian diadaptasi ke siri Power Rangers Lightspeed Rescue

1999-Filem Sentai V-Cinema, Kyuukyuu Sentai Go Go Five :Sudden Shock !! A New Warrior !!
dikeluarkan

2000-Filem video Sentai Versus kelima, Go Go Five VS Gingaman dikeluarkan

2000-Siri Super Sentai ke-24,Mirai Sentai Timeranger disiarkan selepas tamatnya siri Go Go Five dan seterusnya bersama dengan siri Kamen Rider Heisei,Kamen Rider Kuuga dan kemudian diadaptasi ke siri Power Rangers Time Force dan disiarkan di RTM TV2(Malaysia) pada tahun 2005 selepas sekian lama siri Super Sentai tidak disiarkan di kaca TV Malaysia selepas Flashman,Maskman dan Jetman

2001-Filem video Sentai Versus keenam,Timeranger VS Go Go Five dikeluarkan

Februari 2001-Siri Super Sentai ke-25,Hyakuujuu Sentai Gaoranger disiarkan selepas tamatnya siri Gaoranger dan bersama dengan siri Kamen Rider Agito dan ia merupakan ulangtahun Jubli Perak siri Super Sentai ke-25 dan kemudian diadaptasi ke siri Power Rangers Wild dandisiarkan di RTM TV2 pada tahun 2008 namun disiarkan separuh jalan sahaja

Ogos 2001-Sempena dengan Ulang Tahun Jubli Perak Siri Super Sentai Ke-25,filem video Sentai Versus ketujuh,Gaoranger VS Super Sentai dikeluarkan

September 2001-Selepas 5 tahun filem Super Sentai dihentikan dan kali ini ia berterusan dengan filem Hyakuujuu Sentai Gaoranger :The Fire Mountain Howls dan ditayangkan bersama dengan filem Kamen Rider Agito:Project G4

DIKEMASKINI PADA 9 MEI 2011 JAM 0957 HRS(GMT 8+)
i
Februari 2002-Siri Super Sentai ke-26,Ninpuu Sentai Hurricanger disiarkan selepas tamatnya siri Gaoranger dan bersama dengan siri Kamen Rider Ryuki dan kemudian diadaptasi ke siri Power Rangers Ninja Storm

Ogos 2002-Filem Hurricanger:Shusuuto The Movie ditayangkan bersama dengan filem Kamen Rider Ryuki:Episode Final

2003-Filem video Sentai Versus kelapan,Hurricanger VS Gaoranger dikeluarkan

Februari 2003-Siri Super Sentai ke-27,Bakuryuu Sentai Abaranger disiarkan selepas tamatnya siri Hurricanger dan bersama dengan Kamen Rider 555 dan kemudian diadaptasi ke siri Power Rangers Dino Thunder

Ogos 2003-Filem Abaranger DELUXE:Abare Summer Is Freezing Cold ditayangkan bersama dengan filem Kamen Rider 555-Paradise Lost

2004-Filem video Sentai Versus kesembilan,Abaranger VS Hurricanger dikeluarkan
Februari 2004-Siri Super Sentai ke-28,Tokusou Sentai Dekaranger disiarkan selepas tamatnya siri Abaranger dan bersama dengan siri Kamen Rider Blade dan kemudian diadaptasi ke siri Power Rangers SPD

September 2004-Filem Dekaranger The Movie:Full Blast Action ditayangkan bersama dengan filem Kamen Rider Blade:Missing Ace

2005-Filem video Sentai Versus kesepuluh,Dekaranger VS Abaranger dikeluarkan

Februari 2005-Siri Super Sentai ke-29 Mahou Sentai Magiranger disiarkan selepas tamatnya siri Dekaranger dan bersama dengan Kamen Rider Hibiki dan kemudian diadaptasi ke siri Power Rangers Mystic Force

September 2005-Filem Magiranger:Bride Of Infersha ditayangkan bersama dengan filem Kamen Rider Hibiki:The 7th Oni Wars
2006-Filem video Sentai Versus kesebelas,Magiranger VS Dekaranger dikeluarkan

Februari 2006-Sempena dengan Ulangtahun Siri Super Sentai Ke-30, Siri Super Sentai Ke-30, Gougou Sentai Boukenger disiarkan selepas tamatnya siri Magiranger dan bersama dengan siri Kamen Rider Kabuto dan kemudian diadaptasi ke siri Power Rangers Operation Overdrive dan disiarkan di RTM TV2 pada tahun 2009 namun ia disiarkan hanya separuh jalan sahaja

Ogos 2006-Filem Boukenger:The Greatest Precious ditayangkan bersama dengan filem Kamen Rider Kabuto:God Speed Love

2007-Filem video Sentai Versus keduabelas, Boukenger VS Super Sentai dikeluarkan

Februari 2007-Siri Super Sentai ke-31,Jyuken Sentai Gekiranger disiarkan selepas tamatnya siri Boukenger dan bersama dengan siri Kamen Rider Den'O dan kemudian diadaptasi ke siri Power Rangers Jungle Fury

Ogos 2007-Filem Gekiranger:Nei Nei Hou Hou Hong Kong Decisive Battle ditayangkan bersama dengan filem Kamen Rider Den'O -I'm Born !!

2008-Filem video Sentai Versus ketiga belas,Gekiranger VS Boukenger dikeluarkan(bermula pada tahun 2009 filem Sentai Versus bakal bertukar ke filem wayang)

Februari 2008-Siri Super Sentai ke-32,Engine Sentai Go-Onger disiarkan selepas tamatnya siri Gekiranger dan bersama dengan siri Kamen Rider Kiva dan kemudian diadaptasi ke Power Rangers RPM

Ogos 2008-Filem Go-Onger:Boom Boom Bang Bang GekijoBANG !! ditayangkan bersama dengan filem Kamen Rider Kiva:King Of The Castle In The Demon World

File:Engine Sentai.jpg
2009-Filem Sentai Versus keempat belas, Go-Onger VS Gekiranger ditayangkan



Februari 2009-Siri Super Sentai ke-33,Samurai Sentai Shinkenger disiarkan bersama dengan siri Kamen Rider Decade dan seterusnya bersama dengan siri Kamen Rider W pada bulan September selepas siri Kamen Rider Decade tamat dan 2 tahun kemudian ia diadaptasi ke siri Power Rangers terbaru iaitu Power Rangers Samurai

Ogos 2009-Filem Shinkenger:The Fateful War ditayangkan buat pertama kalinya dalam skrin 3-D dan ia bersama dengan filem Kamen Rider Decade:All Riders VS Dai Shockers

2010-Filem Sentai Versus kelima belas,Shinkenger VS Go-Onger :GinmakuBANG !! ditayangkan dan buat pertama kali dalam sejarah siri Super Sentai, watak Super Sentai terbaru,Goseiger membuat penampilan cameo di dalam filem ini

Februari 2010-Siri Super Sentai ke-34,Tensou Sentai Goseiger disiarkan selepas tamatnya siri Shinkenger dan bersama dengan siri Kamen Rider W (sehingga 29 Ogos) dan sekali lagi Goseiger bersama dengan siri Kamen Rider terbaru, Kamen Rider OOO(Goseiger tamat pada 6 Februari 2011)

Ogos 2010-Filem Goseiger:EPIC ON THE MOVIE ditayangkan bersama dengan filem Kamen Rider W:A to Z The Fate Of Gaia Memory

File:Tensou Sentai Goseiger vs. Shinkenger Epic on Ginmaku.jpg
Januari 2011-Filem Sentai Versus keenam belas,Goseiger VS Shinkenger:EPIC On Ginmaku ditayangka dan sebagai penghargaan sempena ulangtahun siri Super Sentai ke-35,watak Super Sentai terbaru, Kaizoku Sentai Gokaiger membuat penampilan cameo

Februari 2011-Sempena ulangtahun Siri Super Sentai ke-35,siri Super Sentai yang ke-35, Kaizoku Sentai Gokaiger disiarkan selepas tamatnya siri Goseiger dan bersama dengan Kamen Rider OOO
*11 Jun 2011-Filem epik Super Sentai terbaru,Gokaiger-Goseiger-Super Sentai:199 Hero Great Decisive Battle bakal ditayangkan pada 11 Jun


Siri Super Sentai ke-36 Tokumei Sentai Gobuster disiarkan


Siri Super Sentai ke-37 Juuden Sentai Kyoryuger akan disiarkan ...

Skian trima kasih ^.^

No comments:

Post a Comment